Bicara Cantik

Vitamin C Dan Kolagen Agen Antipenuaan

19:40

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sejauh manakah pengambilan Vitamin C dan kolagen berkesan sebagai agen mengekalkan kecantikan.



Saya nak berkongsi kebaikannya untuk wanita berusia 40-an.


Vitamin C mempunyai pelbagai fungsi yang baik untuk tubuh, termasuk pemulihan dan pertumbuhan tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.


Bagi kebanyakan wanita, pengambilan Vitamin C sebagai amalan harian untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kemulusan kulit melalui penghasilan kolagen.


Vitamin C membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik.


Peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C. Keperluan Vitamin C boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, tomato, kentang, brokoli, kubis dan bayam.



Kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.



Apabila kita muda, tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Seperti Vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah.



Kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap dan avokado. Makanan ini merangsang pembentukan kolagen dalam badan, selain menerusi laut seperti ikan.

You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha