Menurunkan Berat Badan

Tips Beginner Menurunkan Berat Badan

21:40

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah esok genap 6 bulan tempoh selepas bersalin. Berat ideal dah capai!!😀
Nak capai berat ideal dalam masa 4 bulan pun boleh. Kalau betul-betul pantang lepas bersalin lagi cepat. Lepas tu dapat exercise lagi ok.



Saya akan kongsikan antara tip-tips menurunkan berat badan :


  • Berhenti memberikan alasan!Mahu seribu daya, hendak seribu usaha.

  • Tetapkan matlamat yang relevan. Gemuk selama 5 tahun, nak kurus dalam masa sebulan!(Agak gelojoh tu)

  • Kawal pemakanan anda!Makan dalam kuantiti dan kualiti yang betul.

  • Dapatkan rehat yang secukupnya. Kekurangan waktu tidur menyumbang kepada kegemukan!

  • Jangan menahan lapar! Metabolisma akan menjadi perlahan dan nafsu makan akan meningkat!

  • Pilih makanan yang betul!Elakkan mengambil makanan yang mempunyai iklan di TV/akhbar/media sosial.

  • Banyakkan minum air putih. Air manis antara penyumbang kegemukan dalam diam!

  • Wajib buat senaman!Tak nak bersenam?Patutlah gemuk.

  • Sertai geng Fitness yang berhampiran!Motivasi akan meningkat jika kita melakukan aktiviti bersenam secara berjemaah.

Jangan bertangguh!

Mulakan misi menurunkan berat badan anda mulai hari ini.

You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha