Aktiviti weekend

Strok Haba Nak Kena Duduk Rumah Je Ke?

02:22

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sabtu.
Apa aktiviti korang harini?

Alhamdulillah seminggu cuti sekolah tak pergi bercuti ke mana pun. Harini berkesempatan pergi Aeon Mall Shah Alam.

Seawal 10 pagi dah terpacak kat dalam tu. Mulakan aktiviti dengan sarapan dulu kat Vivo. Big Breakfast share bertiga. Alhamdulillah kenyang. Harga dah termasuk GST.


Keluar masuk Aeon & kedai-kedai yang lain. Kat dalam Aeon pun ada Molly Fantasy. Macam-macam permainan ada kat situ.


Sambil jalan ada tempat archery pula. Bolehla Adam & papa try acara memanah ni. Pengalaman baru untuk Adam ni.


Tiba masa lunch time. Food Avenue kat tingkat atas sekali. Order nasi goreng ayam. Sedap. Tak pedas. Kena dengan selera Adam. Adam makan banyak. Alhamdulillah. Sengaja tak order air instead of Mummy bawa bekal botol air putih. So Adam pun bolehla minum air putih dengan banyak. Mission accomplished!!😀

Lepas makan sambung jalan-jalan lagi. Mummy memang bawa pillbox. Sambil Adam cuci mata dalam stroller, Mummy bagi Adam Chewable Vitamin C. Kunyah je. Senang!!Jalan kat shopping mall pun kena ada protection tau. Disease everywhere.

Mummy pun sambil boost energy berjalan. Makan vitamin berjemaah dengan Adam. Mummy makan Vitalea Iron dengan Vitamin C SR. Alhamdulillah bertenaga je bila berjalan ye..😊

Menjelang pukul 3 Adam dah terlentok kat stroller. Mudahkan Mummy & Papa teruskan perjalanan pergi Uniqlo..☺

Dah lebih kurang 6 jam shopping tour masa untuk balik pulak. Adam masih lagi lena. Sampai rumah Adam excited nak buka mainan baru. Mummy ambil kesempatan mandikan dia dulu. Sejukkan badan sambil refresh sebelum aktiviti dalam rumah pula. Lepas mandi Mummy sapu krim herbal blend kat belakang kaki Adam. Macam ada merah2 mungkin kesan garu & kulit kering. Alhamdulillah improved! Pagi td pun sapu. Sapu je tiap kali lepas mandi.

Now Adam dah sambung main. Seronok sangat dia tengok Hot Wheels tadi. Papa pun murah hati belikan Adam. Thank you papa!!💞


Sebenarnya time strok haba ni boleh je nak keluar rumah cuma hadkan aktiviti outdoor. Sekarang ni macam2 aktiviti indoor offered kat shopping mall.

Kita as ibu bapa kena pantau la bagi anak banyak minum air putih. Mandikan anak untuk stabilkan suhu jangan bagi panas. Sambil check mana2 kulit kering kat badan anak. Tak lupa Vitamin C untuk pertahanan badan.

Semoga cepat berlalu cuaca buruk. Allah gantikan dengan keadaan yang tenang. Dah nak prepare untuk our next island vacation.
Adam dah makin tinggi. Kena carik swimming suit yang lain. Dah atas lutut dah. Nak tutup aurat..😄


Jom enjoy weekend kita!!☺

You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha