Percutian Bajet RM148 Termasuk Bilik Hotel, Meal Breakfast & Waterpark Pass

02:49

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..😅

Sambil bersantai petang Ahad di rumah bersama keluarga. Mungkin ada yang tengah minum petang di luar makan mee goreng mamak. Ooo sedap tuh!Memang feberet den.

Minggu depan insyaAllah dah bermula Matta Fair. Saya & suami antara pengunjung yang selalu amik peluang untuk grab percutian dengan harga yang lebih murah.


Saya ingin berkongsi salah satu percutian yang saya beli di Matta Fair September 2015. Oleh kerana valid sampai end of February, kitorang pegi masa cuti CNY. Check in Selasa (CNY day 2). Saya beli voucher untuk weekdays/public holidays/school holiday. Oleh kerana kami cuti seminggu so bolehla spend time kat Primaland ni.

Primaland ni kalau nak senang dari KL exit Port Dickson. Dekat dengan Lexis Hibiscus. Akan jumpa Lexis Hibiscus dulu di sebelah kanan.


Check in : 3.00 pm
Check out : 12.00 pm


Kalau sampai sebelum pukul 3, sementara nak tunggu bilik ready boleh solat Zohor kat surau area dalam tu.


Masa check in ada beberapa form yang nak kena isi termasuk untuk parking. Security deposit RM100 kena bayar & refundable masa check out nanti. Nanti dapat sekali meal voucher dan waterpark pass untuk hari pertama & hari kedua. Warna pass yang berlainan.



Primaland ni man-made beach terbesar di Malaysia. Sesuai la untuk yang suka mandi ala-ala air terjun. Ada slides. Untuk yang ada anak kecik, ada Kid's Paradise.



Selain daripada mandi manda, ada juga tempat ala pantai. Boleh main volleyball air. Nak buat istana pasir ke. 

Karaoke Room ada, Open Air Theatre ada, Games Room ada. Pendek kata bolehla nak isi masa daripada dok dalam bilik je kan.

Kami ambil beli Studio Suite je. Cukupla ada aircond, TV & mini fridge.Ada juga bilik Apartment Suite style. Dapatla tengok episod slot Cinta Si Wedding Planner..😊




Sayangnya, Primaland ni takde room service. Dah penat sepetang main air, terus beli burger ayam, daging & banjo untuk dinner. Ada Beach Cafe untuk jualan snacks & drinks area tempat mandi tu. Lagipun masa lunch dah makan nasi lauk ikan keli salai masak lomak cili api lagi. Berdosup!!


Ada beberapa dining option untuk beli makanan. Tapi malas nak kuar dah so tapau je. Esok pagi baru turun breakfast. Makanan pun variety gak la.



Untuk yang berhasrat bercuti kat area Port Dickson, boleh la cuba datang sini...😄

PRIMALAND PORT DICKSON RESORT & CONVENTION CENTRE
No 1, PD Prima, Batu 13, Jalan Pantai, 
Pasir Panjang,
71250 Port Dickson,
Negeri Sembilan.

Tel : +606-6626363 Fax : +606-6626361
Booking Hotline : +6016-2133 972/973/978
Email : sales@prcc.com.my
Homepage : www.prcc.com.my


You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha