Pendaftaran Tahun 1 2017/2018

07:57

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah kita berada di hari pertama bulan ke-3 2016. Syukur perjalanan hidup lancar walaupun kerja rumah ke kerja sekolah tak pernah habis.

Adam dah makin bertambah pandai. Setiap hari ada je ilmu baru dia bawa balik. Harini balik rumah nyanyi lagu.

Satu...satu..saya sayang ibu.

Layankan aje la. Umur 4 tahun kan biasa la. Cepat je absorb belajar through songs kan!!

Ramai juga kawan-kawan sebaya yang ada anak-anak bakal jadi murid Tahun 1 2017/2018.

Walaupun bukan cikgu Tahun 1. Tapi ada rakan yang berkongsi info tentang pendaftaran Tahun 1 yang telah dibuka mulai hari ini.

Ada website baru so bagi yang pernah daftar sebelum ni kena daftar lagi.. 😊
https://public.moe.gov.my/

1. Daftar pengguna baru
2. Pilih pendaftaran Tahun 1
3. Print out
4. Attach dokumen yang perlu
5. Log in semula
6. Pergi kat pendaftaran Tahun 1
7. Nanti akan keluar nama anak yang didaftar
8. Pilih semakan
9. Ada tanda ✅ klik untuk print
10. Ada check list doc untuk sediakan
11. Hantar pada sekolah yang dipilih untuk pengesahan.
12. Jangan lupa sediakan sampul surat beralamat sendiri siap setem. (Kadang-kadang sekolah minta sebab nak hantar surat kepada parents nanti bila result keluar).

You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha