angin ahmar

Adakah Anda Salah Seorang Yang Menghadapi Masalah Tinggi Kolesterol?

05:39

Apa Itu Kolesterol?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.


Dua Sumber Utama Kolesterol


Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian. Kolesterol yang kita makan akan meningkatkan paras kolesterol darah. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


Bagaimana Kolesterol Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?

Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:

• LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)

• HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)


LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.


Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, kita hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.



You Might Also Like

1 comments

  1. pemakanan yang tidak sihat menyumbang kepada kadar kolestrol tinggi. tak semestinya orang badan besar ada kolestrol tinggi, yang badan kurus pun boleh kena. Anyway, info yang bagus. Terima kasih
    http://tipsihatselalu.blogspot.com

    ReplyDelete

Pos Popular

Follow Zaleha