Penyusuan

Tips supaya ibu boleh kembali bekerja selepas habis cuti bersalin

07:49


>Mempersiapkan diri

Sebelum kembali bekerja siapkan diri anda supaya boleh kembali memberi tumpuan ketika bekerja. Gunakan waktu berbaki untuk menyusui dan menjaga bayi anda hingga anda benar-benar bersedia meninggalkan rumah.


>Terima keadaan

Harus menerima keadaan perlu meninggalkan si kecil untuk bekerja. Tidak usah bersedih atau berasa bersalah kerana anda mungkin tidak sama dengan ibu lain yang boleh 24 jam menjaga si kecil. Jika tidak berasa tenang dengan perasaan sendiri, bincangkan hal ini dengan pakar atau paling tidak, luahkan pada suami anda.

>Latih bayi minum susu menggunakan botol


Sebelum anda mulai bekerja, latih anak minum susu dari botol supaya biasa saat anda mulai meninggalkannya. Jika memerah susu badan, pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk bayi.

>Aturkan dengan baik

Bekerja dan mengasuh anak adalah dua hal yang memerlukan jadual waktu dengan baik. Anda harus boleh memilih, mana yang lebih utama untuk dilakukan terlebih dulu, supaya tidak kelam kabut atau tertekan.

>Siapkan pengasuh

Cari pengasuh bayi seawal mungkin sebelum anda mulai bekerja. Hal ini dilakukan untuk mengetahui dan melihat, bagaimana cara pengasuh memperlakukan bayi anda supaya anda berasa tenang saat bekerja semula.

>Pisahkan fikiran

Ketika berada di tempat kerja, fokus pada pekerjaan. Begitu juga apabila kita berada di rumah,lupakan sejenak masalah di tempat kerja. Dengan cara itu, anda akan terhindar daripada tekanan dan boleh menyelesaikan setiap pekerjaan dengan perasaan yang sentiasa gembira.








You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha