FASA PERALIHAN SELEPAS CUTI BERSALIN

06:18

▪Cari pengasuh
Pertama,pencarian pengasuh bayi perlu dilakukan sebelum kembali bekerja supaya anda tidak kelam kabut.Jika boleh,pencarian pengasuh perlu bermula sebelum bayi dilahirkan.

▪Kenal pasti tugas
Mengenal pasti tugas dan jadual kerja perlu supaya anda dapat menjangka apa yang perlu dilakukan selepas bekerja kembali.Anda juga mungkin boleh meminta dipertimbangkan untuk mendapatkan waktu kerja anjal,melakukan kerja sambilan supaya tugasan anda berjalan lancar.

▪Hubungan dengan pengasuh
Cipta hubungan yang baik dengan pengasuh bayi anda kerana ia akan memberi kesan kepada layanan diterima oleh bayi.Luangkan masa untuk bertanya mengenai perkembangan terbaru bayi,contoh seperti perubahan dalam tabiat makan dan cara bermain.

▪Mengepam susu
Bawalah barang keperluan untuk mengepam susu ke tempat kerja dan jangan lupa untuk membawa pelapik coli dan baju lebih sekiranya berlaku,limpahan susu badan.Sudah semestinya,anda tidak boleh sesuka hati mencuri masa untuk mengepam,jadi masa yang paling sesuai ialah waktu rehat.


You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha