FADILAT YANG SELALU KITA DAPAT TP TAK SEDAR..

18:23

Fadilat yang selalu kita dapat tapi kita tak sedar~
Itupun... Kalau kita bangun tahajud/solat subuh pada setiap pagi.. ^^
Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Syaitan membuat tiga simpulan pada ubun-ubun setiap orang daripada kamu semasa tidur. Pada setiap simpulan itu, dia meniupkan kata-kata -malam masih panjang lagi, maka tidurlah." Sekiranya dia bangun dan menyebut nama Allah SWT maka terungkai satu simpulan. Sekiranya dia berwuduk maka terungkai satu simpulan lagi dan apabila dia mendirikan solat tahajud maka terbuka kesemua simpulan itu. Lantaran itu, pada waktu pagi dia berada dalam keadaan cergas dan hati yang tenang dan mendapat kebaikan yang banyak. Sekiranya dia tidak melakukan demikian, maka dia dalam keadaan tidak tenang, berperasaan malas dan tidak mendapat sebarang kebaikan."
(Hadis riwayat Abu Daud [dalam bab Qiamulail] dan Ibnu Majah)
Harini tanamkan azam nak bangun awal-awal esok pagi untuk solat tahajud sementara menunggu waktu subuh... InsyaAllah? Pasang niat pun dapat pahala beb~

You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha