ANTIOXIDANTS & FREE RADICAL

19:13

Free radical atau radikal bebas ni boleh bergabung dgn mana2 atom lain utk membentuk molekul. Problem terjadi bila ia bertindak bls menghasilkan sel yg memudaratkn bdn iaitu sel kanser.

Antioksidan berfungsi mengelakkan penghasilan sel kanser oleh radikal bebas.

Cara Antioksidan bertindak adlh dgn bertindak bls dgn radikal bebas secara selamat dan menghalang ia menganggu sel bdn.

Secara analoginya, badan kita adalah seperti enjin kereta. Radikal bebas diibaratkan seperti haba enjin dan anti-oksida seperti sistem penyejukan. Kedua-duanya diperlukan untuk operasi enjin tersebut. Pembakaran bahan api yang sempurna menghidupkan enjin dan menghasilkan tenaga dalam bentuk suhu yang tinggi. Jika tidak diimbangi oleh sistem penyejukan, penghasilan suhu yang melampau in akan menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian enjin dan enjin akan terhenti. Begitu juga dengan badan kita, radikal-radikal bebas akan dihasilkan melalui aktiviti-aktiviti harian badan yang aktif seperti melakukan senaman ( di mana pengambilan oksigen akan bertambah ), ketika mengalami trauma fizikal, mendapat kecederaan, mendapat jangkitan, tekanan emosi, penyakit-penyakit kronik, pencemaran udara, kesan radiasi seperti kesan cahaya matahari atau peralatan beradiasi dan lain-lain punca.

Nampak kaitan antara keduanya?

Bagaimana Antioksidan Boleh Mengelakkan Kerosakan Radikal Bebas?

Vitamin C dan E, boleh melindungi tubuh daripada kesan kerosakan radikal. Antioksidan meneutralkan radikal bebas dengan menderma elektronnya sendiri kepada molekul yang kehilangan elektron. Nutrien antioksidan itu tidak akan menjadi radikal bebas dengan menderma elektron kerana mereka adalah stabil di dalam keadaan apa sekalipun.

Antioksidan membantu mencegah kerosakan sel dan tisu yang boleh membawa kepada penyakit.


Vitamin E ialah Antioksidan larut lemak yang paling cekap memecah rantaian pertahanan utama pengoksidaan.

               

Vitamin C pula ialah Antioksidan larut air yang bertindak terutamanya dalam cecair sel. Ia khasnya membantu dalam memerangi pembentukan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran dan asap rokok. Ia juga membantu vitamin E berubah kepada bentuk aktif.

You Might Also Like

0 comments

Pos Popular

Follow Zaleha